|
Fungsi Bertanggugjawab untuk mengumpul dan memproses darah tali pusat yang didermakan untuk pesakit-pesakit yang memerlukan sel stem. Semua pendermaan adalah secara sukarela dan penderma tidak dikenakan apa-apa bayaran. Aktiviti - Mangambil darah tali pusat dari uri secara “ex-utero” iaitu pengambilan darah dilakukan selepas uri dikeluarkan dari rahim ibu.
- Semua darah tali pusat ini diambil dari Hospital Bersalin, Hospital Kuala Lumpur.
- Menjalankan soal selidik terhadap penderma untuk memastikan darah yang didermakan adalah selamat untuk digunakan.
- Menjalankan kerja-kerja memproses dan menyimpan darah tali pusat yang berjaya dikutip. Setiap unit darah tali pusat ini akan diproses oleh seorang kakitangan sahaja bermula daripenerimaan darah tali pusat hinggalah ke penyimpanan.
- Memberi penerangan kepada penderma yang ingin menderma darah tali pusat supaya memahami semua syarat-syarat yang terdapat dalam Borang Kebenaran Penderma dan Pengujian Cord Blood sebelum menandatangani borang tersebut.
- Memastikan hanya penderma yang sesuai sesuai sahaja akan diterima menderma darah tali pusat dan dikehendaki melengkapkan Borang Soal-Selidik Status Risiko Kesihatan penderma.
- Memastikan hanya darah tali pusat yang berjaya diproses dan disimpan sahaja akan menjalani ujian “HLA Typing”.
- Memberi khidmat kaunseling dan merujuk penderma kepada pihak hospital untuk tujuan rawatan lanjut bagi dermaan yang didapati tercemar oleh jangkitan virus atau bacteria.
- Menjalankan kajian dan penyelidikan yang melibatkan darah tali pusat.
- Memastikan segala maklumat peribadi penderma (ibu) dan anak adalah SULIT.
- Memastikan semua sample darah tali pusat akan dihantar ke makmal bagi menjalani ujian saringan seperti berikut;
- Hepatitis “B” Surface antigen ( HBsAG) - Anti – HIV - Syphilis (VDRL/RPR) - ABO Grouping & Rh Typing - HLA typing - Anti – CMV (lgG dan lgm) - Hb-Analysis - Sterility Testing (Bacterial Contamination)
|