Skip to content
Immunohematologi PDF Print E-mail

Bahagian Immunohematologi 

Bahagian Immunohematologi terbahagi kepada 3 unit iaitu ; 

(1)  Unit Transfusi Perubatan

(2)  Unit Serologi Sel Darah Merah

(3)  Unit Serologi Platelet 

1) Unit Transfusi Perubatan 

Fungsi 

Unit Transfusi Perubatan memberikan perkhidmatan 24 jam ujian pra-transfusi (Pre-transfutesting) kepada HKL dan hospital-hospital lain di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang yang tidak mempunyai kemudahan ujuian tersebut. 

Aktiviti 
  • Menjalankan ujian-ujian transfuse seperti pengumpulan darah ABO dan RhD, penyaringan antibody (antibody screening) dan keserasian darah (crossmatching). 
  • Menjalankan siasatan ke atas kes-kes reaksiterhadap transfuse darah (transfusion reactions) 
  • Memantau suhu peti sejuk simpanan darah dan pengembalian semula darah yang tidak digunapakai daripada wad-wad di HKL. 
  • Memberi khidmat latihan kepada pelatih Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP), Pegawai Perubatan, Pegawai Sains dan JTMP yang mengikuti latihan dan Pelatih Siswazah Lanjutan Perubatan. 
  • Memantau aktiviti-aktiviti transfuse darah di HKL agar ianya mematuhi garis panduan yang ditetapkan. 
  • Mengurus dan mengendalikan iventori darah, plasma, platelet dan’Factor Concentrate’ untuk kegunaan pesakit-pesakit terutamanya di HKL.  
  • Memberi khidmat khas seperti penyediaan ‘Filtered Blood’ dan ‘Irradiated Blood’ untuk pesakit-pesakit di HKL. 
  • Menberi khidmat rundingan (consultation) bagi Transfusi Perubatan Klinikal.
 Menyertai dua buah program EQAP 
  • NEQABB dari PDN   - 3 kali latihan setahun
  • RCPA dari Australia  - 6 kali latihan setahun

2) Unit Serologi Sel Drah Merah 

Fungsi 

Unit Serologi Sel Darah merupakan pusat rujukan bagi semua kes-kes antibody yang  berkaitan dengan sel darah merah. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah untuk semua  hospital dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak swasta (jika perlu) 

Aktiviti 

a) Sebagai maklmal ujian darah 

  • Menjalankan ujian penjenisan lengkap kumpulan darah (full grouping – forward and reverse grouping) secara automasi ke atas sample darah penderma bagi kumpulan darah ABO dan Rh 
  • Menjalankan ujian pengesahan untuk kes-kes ‘rare blood group’ dan menguruskan ‘rare blood group registry secara bersama dengan unit pengurusan penderma. 
  • Menjalankan secara berkala ujian fenotip darah penderma untuk kumpulan darah Rh dan Kidd (Jka dan Jkb) secara automasi. 
  • Menjalankan ujian pengesahan darah penderma RhD negative.

 b) Sebagai makmal klinikal/rujukan 

  • Menjalankan ujian penjenisan lengkap kumpulan darah (full grouping – forward and reverse grouping) bagi kumpulan darah ABO dan Rh secara automasi untuk ibu-ibu mengandung, darah tali pusat dari klinik Ibu & Anak seliaan DBKL dan wad Materniti, HKL. 
  • Menjalankan ujian pengenalpastian antibody bagi kes-kes rujukan di seluruh negara. 
  • Menjalankan ujian reaksi transfuse bagi kes-kes rujukan dari seluruh negara.
  • Menjalankan ujian keserasian (cross matching) dan membekalkan darah yang sesuai (antigen negative) bagi kes-kes antibodi positif. 
  • Menjalankan ujian fenotip lengkap (full phenotyping) bagi pesakit yang dijangka menerima pemindahan darah secara berulang. 
  • Menjalankan ujian-ujian Coombs bagi kes-kes Hemolytic Disease of Newborn (HDN), Autiommune Hemolytic Anemia dan Cold Agglutinin 
  • Menjalankan ujian-ujian lain yang berkaitan.
 c)  Lain-lain 
  • Menguruskan pembekalan gel card kegunaan hospital-hospital kerajaan di seluruh negara (25 buah hospital sahaja – tertakluk kepada kontrak. 
  • Mengerjakan Program Kepastian Kualiti Luar (External Quality Assurance Programme [EQAP] untuk 122 bush hospital KKM dan 20 buah hospital swasta. 
  • Menyertai dua buah program EQAP
  • NEQAS dari UK (WHO)  - 4 kali latihan setahun
  • RCPA dari Autralia          - 6 kali latihan setahun

3)  Unit Serologi Platelet. 

Fungsi 

Unit Serologi Platelet merupakan pusat rujukan bagi semua kes-kes antibodi yang  berkaitan dengan platelet. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah untuk semua hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak swasta (jika perlu) 

Aktiviti 

  • Menjalankan ujian pengesahan antibodi-antibodi terhadap human platelet antigen (HPA) 
  • Menjalankan ujian fenotip platelet secara manual untuk HPA 1
  • Menjalankan ujian fenotip platelet secara molecular untuk HPA 1,2,3,4,5,6,15
  • Menyertai dua buah program EQAP.

        o   NIBSC dari UK             -  2 kali latihan setahun 

        o   APAW dari Australia    -  1 kali latihan setahun