Skip to content
Halaman Utama arrow Perkhidmatan arrow Darah Tali Pusat
Darah Tali Pusat PDF Print E-mail

Fungsi 

Bertanggugjawab untuk mengumpul dan memproses darah tali pusat yang didermakan untuk pesakit-pesakit yang memerlukan sel stem. Semua pendermaan adalah secara sukarela dan penderma tidak dikenakan apa-apa bayaran. 

Aktiviti 

  • Mangambil darah tali pusat dari uri secara “ex-utero” iaitu pengambilan darah dilakukan selepas uri dikeluarkan dari rahim ibu.
  • Semua darah tali pusat ini diambil dari Hospital Bersalin, Hospital Kuala Lumpur.
  • Menjalankan soal selidik terhadap penderma untuk memastikan darah yang didermakan adalah selamat untuk digunakan.
  • Menjalankan kerja-kerja memproses dan menyimpan darah tali pusat yang berjaya dikutip. Setiap unit darah tali pusat ini akan diproses oleh seorang kakitangan sahaja bermula daripenerimaan darah tali pusat hinggalah ke penyimpanan.
  • Memberi penerangan kepada penderma yang ingin menderma darah tali pusat supaya memahami semua syarat-syarat yang terdapat dalam Borang Kebenaran Penderma dan Pengujian Cord Blood sebelum menandatangani borang tersebut.
  • Memastikan hanya penderma yang sesuai sesuai sahaja akan diterima menderma darah tali pusat dan dikehendaki melengkapkan Borang Soal-Selidik Status Risiko Kesihatan penderma.
  • Memastikan hanya darah tali pusat yang berjaya diproses dan disimpan sahaja akan menjalani ujian “HLA Typing”.
  • Memberi khidmat kaunseling dan merujuk penderma kepada pihak hospital untuk tujuan rawatan lanjut bagi dermaan yang didapati tercemar oleh jangkitan virus atau bacteria.
  • Menjalankan kajian dan penyelidikan yang melibatkan darah tali pusat.
  • Memastikan segala maklumat peribadi penderma (ibu) dan anak adalah SULIT.
  • Memastikan semua sample darah tali pusat akan dihantar ke makmal bagi menjalani ujian saringan seperti berikut;

                -  Hepatitis “B” Surface antigen ( HBsAG)               

                -  Anti – HIV

                -  Syphilis (VDRL/RPR)

                -  ABO Grouping & Rh Typing                

                -  HLA typing               

                -  Anti – CMV (lgG dan lgm)               

                -  Hb-Analysis                

                -  Sterility Testing (Bacterial Contamination)