Skip to content
Halaman Utama arrow Perkhidmatan arrow Rawatan Hemofilia
Rawatan Hemofilia PDF Print E-mail

Fungsi 

Bertanggungjawab memberikan khidmat rawatan dan kaunseling kepada pesakit Hemofilia dan masalah pendarahan yang lain. Disamping itu, ia juga bertindak sebagai Pusat Pendaftaran Kebangsaan untuk Hemofilia dan lain-lain masalah pendarahan. 

Ativiti 

  • Merawat dan mendiagnosa pesakit hemofilia yang dirujuk ke Pusat Darah Negara.
  • Menjadi pusat rujukan bagi penyakit ‘Congenital Bleeding Disorder’
  • Menyediakan rawatan lanjut bagi pesakit-pesakit hemofila dengan;

                   I.    Merujuk pesakit yang memerlukan pemeriksaan lanjut ke Hospital Kuala Lumpur.               

                   II.    Merawat pesakit yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur.              

                 III.    Pegawai Perubatan yang bertugas perlu berada di bilik pembedahan bagi memberi rawatan

              kepada pesakit hemofilia yang menjalani pembedahan. 

  • Menyediakan Khidmat Bekalan Ubat-Ubatan

                   I.    Jenis Factor : FVIII, FIX, Prothrombin Complex Concentrates                   

                   II.    Ubat-ubatan seperti Minirin (DDAVP), Tranxenamic Acid 

  • Rekod dan Inventori Ubatan – Memantau permohonan dan penggunaan ubat-ubatan seperti Factor Concentrates, Minirin dan tranxe-namic acid.

Rawatan dan Diagnosa 

a)    Pendaftaran Semua Pendaftaran pesakit hemofilia akan dikendalikan oleh pegawai yang menjaga bilik

     rawatan hemofilia. 

     Pesakit Baru    : Pesakit yang dirujuk ke Pusat Darah Negara dari Hospital lain. 

     Pesakit Lama  : Pesakit yang telah didiagnosa sebagai pesakit yang mengalami masalah.           

b)    Ujian Darah  

      i)  Bagi pesakit Baru ujian-ujian berikut akan dijalankan: 

          ·         Coagulation profile

          ·         Factor assay

          ·         Platelet aggregation test

          ·         Bleeding Time, Clotting Time

          ·         Full Blood Picture (FBP)

          ·         Liver Function Test (LFT)

          ·         Virology Screening                                   

      ii) Bagi Pesakit Lama ujian-ujian berikut akan dijalankan (setiap 6 bulan) :  

          ·         FBP, LFT,virology screening

          ·         Factor Assay & Inhibitor Status (jika perlu)

          ·         Renal Profile, RBS dan Fasting Lipid (Bagi yang berumur lebih 35 tahun)                       

c)  Rawatan Lanjutan                             

     Rujukan lanjutan bagi rawatan seperti berikut akan diberi (jika perlu):                                 

          i.        Rujukan Fisioterapi                               

        ii.        Rujukan Pergigian                              

       iii.        Rujukan Pakar Perubatan bagi pesakit yang didapati menghidap Hepatitis B, Hepatitis C syphililis dan

           HIV dan lain-lain rujukan yang berkaitan.                         

d)  Perkhidmatan pengangkutan                     

     Pusat Darah Negara menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk menghantar pesakit yang dirujuk

     bagi tujuan pemeriksaan lanjutan seperti ; 

     ·         Ultrasound

     ·         X-ray

     ·         Klinik Pergigian

     ·         Ke hospital untuk kemasukan wad