|
Penyimpanan dan Kegunaan Darah |
|
|
|
|
Darah yang didermakan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis produk atau komponen:
- Sel darah merah – whole blood, packed red cell, buffy-coat poor red cell, filtered red cell.
- Plasma – fresh frozen plasma, cryosupernatant, cryoprecipitate
- Platelet – random platelet concentrate, apheresis platelet
Setiap produk atau komponen darah ini mempunyai cara penyimpanan dan kegunaan yang berbeza. Antaranya: Darah yang telah melalui ujian saringan dan telah diproses kepada sel darah merah, platelet dan plasma akan disimpan mengikut jenis darah, kumpulan darah ABO dan tarikh luput masing-masing. Sel darah merah perlu disimpan pada suhu 2oC – 6oC dan boleh bertahan selama 35 hari. Plasma perlu disimpan pada suhu -30oC dan boleh bertahan selama 2 tahun. Platelet perlu disimpan pada suhu 20oc – 24oC dan perlu sentiasa digerakkan (agitated).Jangka hayat platelet hanyalah 5 hari daripada tarikh pendermaan. Setiap produk atau komponen darah ini ada kegunaan masing-masing: Whole blood – unit darah yang didermakan yang tidak menjalani proses pengasingan. Digunakan untuk kes-kes seperti pesakit yang kehilangan darah akibat kemalangan dan untuk pertukaran darah (Exchange Transfusion, ET) bayi akibat jaundis neonatal yang teruk. Sel darah merah – untuk masalah kekurangan hemoglobin (anemia) seperti penyakit buah pinggang dan panyakit kanser. Plasma – kes-kes pendarahan semasa bersalin, lecur akibat kebakaran, pendarahan akibat kerosakan hati. Platelet – untuk penyakit-penyakit kekurangan platelet seperti demam denggi dan leukemia. |