|
Unit Rekrutmen Penderma dan Angkut Fungsi Unit Rekrutmen Penderma bertanggungjawab mendapatkan bekalan darah yang mencukupi untuk keperluan pengguna, manakala Unit Angkut bertanggungjawab menyediakan kenderaan bagi kegunaan jabatan. Aktiviti : Memastikan bekalan darah adalah mencukupi pada setiap masa dengan mendapatkan bekalan darah yang selamat daripada penderma yang menderma secara sukarela (voluntary non-remunerated donors). Mewujudkan perhubungan dan kerjasama dengan jabatan-jabatan kerajaan dan swasta, badan-badan sukarela serta orang perseorangan atau berkumpulan bagi mengadakan sesi pendermaan darah bergerak (mobile blood donation).
Unit Pendaftaran & Rekod Penderma Fungsi Menyediakan perkhidmatan kaunter pendaftaran serta penyimpanan dan pengemaskinian rekod-rekod penderma. Aktiviti : - Melakukan ujian saringan awal (hemoglobin dan kumpulan darah ABO) ke atas penderma
- Melakukan pendaftaran penderma untuk pendermaan darah, aferesis, klinik vaksinasi, klinik kaunseling dan temujanji pegawai perubatan.
- Mengumpul semua maklumat penderma ‘rare blood group’
- Menyediakan Surat Pengesahan (Guarantee Letter, GL) dan Sijil Penghargaan untuk penderma.
- Unit Pengurusan Penderma
Fungsi Mengumpul darah dan produk aferesis daripada penderma-penderma yang menderma darah di Pusat Darah Negara dan sesi pendermaan darah bergerak (mobile blood donation). Aktiviti : Menjalankan soal selidik / kaunseling pra-pendermaan terhadap penderma darah dan penderma aferesis. Mengambil darah daripada penderma yang layak melalui pendermaan darah penuh (Whole Blood) dan aferesis. - Menyediakan jamuan ringan dan ‘haematinics’ (zat besi dan folik asid) kepada penderma selepas proses pendermaan.
- Memberi khidmat kaunseling terhadap penderma yang ujian darah mereka didapati reaktif.
- Memberi suntikan Vaksin Hepatitis B secara percuma kepada penderma yang telah menderma sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
|